Nikmati percutian di Matahari Homestay. Rumah setingkat yang luas dengan kawasan parkir berbumbung yang besar, sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Kami memastikan setiap tetamu mendapat keselesaan maksima dengan fasiliti yang serba lengkap.
Anjung berbumbung yang besar, muat untuk 2-3 buah kenderaan dengan selesa dan selamat.
Lengkap dengan air-cond di ruang tamu dan bilik tidur utama untuk keselesaan anda.
Peralatan memasak dan peti sejuk disediakan untuk memudahkan anda menyediakan hidangan.
Akses internet berkelajuan tinggi tanpa had disediakan untuk kegunaan seisi keluarga sepanjang penginapan.
Lakukan tempahan secara terus melalui borang di bawah. Pantas dan dijamin selamat.
Semua pembayaran diproses secara selamat melalui gerbang pembayaran BCL.